Teenage Dream
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
saket dan puasa.==
Friday, August 13, 2010 @ Friday, August 13, 2010 | 0 Comment [s]

assalamualaikum
Pada hari ketiga umat islam berpuasa,ada seorang hamba allah yang sakit.Selsema,batuk dan demam.Nak tahu macam mana orang tu sakit berpuasa?
Bangun pagi,orang sakit tu dah rasa sesuatu yang tak kena dengan dia.Kepala dia sakit,suhu badan naik,selsema dan tak habis-habis batuk dan suara dia hilang.Tapi,orang sakit ni buat tak kesah sebab nak sahur dengan semangat.
Sewaktu makan,orang sakit ni makan dengan kuantiti yang sedikit kerana berasa amat mual dan macam-macam lagi.Orang sakit tu mual bukan kerana masakan yang tidak sedap tetapi tekak yang tak nak terima.Takkan nak paksa?
Lepas makan,orang sakit tu iron uniform untuk ke sekolah.Dan apabila uniform tidak kedut lagi,orang sakit ni bersiap untuk ke sekolah.Dan orang sakit nie juga ada membawa sapu tangan warna pink kerana hamba allah nie selsema dan batuk.
Apabila sampai di sekolah,semua kawan-kawan gelak kerana suara orang sakit tu hilang dengan sepenuhnya.Macam orang bisu yang baru nak pulih.Orang sakit nie sepatutnya rehat di rumah tapi disebabkan semangat untuk membuat persembahan sajak palestin,dia terpaksa melupakan kesakitannya.
Sepanjang hari sewaktu belajar orang sakit nie tiada suara.Dia kepenatan nak bercakap lagi.
Setiap minit,orang sakit tu akan bersin dan batuk dan sia amat lemah.
Apabila tiba saat semua banat menuju ke surau.Orang sakit nie tidak habis-habis berlatih dan membuat ujian suara.Saat persembahan sajak hampir bermula,suara orang sakit tu agak pulih sedikit walaupon serak.Dia sajak dengan penuh perasaan.Orang sakit tu ditemani oleh dua hamba allah iaitu salsadila dan insyirah.Tapi sajak mereka lain-lain laa.Bukan tiga-tiga sekali bersajak.Ikut turn~
Bila orang sakit nie tanya komen orang yang dengar dia baca sajak.Mereka kata tidak berapa dengar sangat kerana orang sakit tu punya suara hilang sedikit demi sedikit.Orang sakit tu tidak berapa kisah malah bersyukur kerana dia masih diberikan suara walaupon cuma sedikit.
Selepas persembahan sajak,semua tingkatan dua akan membuat persembahan nasyid.Lagu palestine will be free dan ar ruhul jadid.WAH,kami memang sentiasa TERBAEK..
okay kembali pada cerita orang sakit.
Orang sakit nie turut menyanyi dengan penuh semangat kerana suara ada sikit.Dia menyanyi dan menyanyi sampai suara nya TERUS HILANG...dia dia dia amat sedih.Tapi apakan daya,ini ujian untuk orang sakit tu.
Orang sakit tu makin lama makin lemah.Puasa dan sakit,semestinya lemah.Dia mencuba untuk bertahan.Dia pergi berjalan kaki menuju ke kedai fotostat atas sebab-sebab tertentu.Dan selepas selesai membuat kerja di situ,orang sakit tu patah balik ke sekolah dan menuju ke 2 hassan kerana dia telah berjanji ingin berjumpa sahabatnya di situ.Di dalam perjalanan,orang sakit tu terjumpa cg Najmah.Dia memberi salam dan menyalam cikgu kesayangannya itu.
Tiba-tiba cg tersebut menegur orang sakit tu.Dia menanya sama ada orang sakit tu puasa atau tidak.Orang sakit itu semestinya puasa dan dia memberikan jawapan "YA".Kemudian cg menanya lagi kenapa orang sakit tu tak buka puasa kerana badan orang sakit tu amat panas.Orang sakit tu pon mula la menafikan yang dia tidak demam.
Orang sakit tu mula pelik.Adakah dia demam.Dia menyuruh sahabatnya test suhu badan dan kata mereka badan sorang sakit tu memang sedikit panas.Baru orang sakit tu perasan yang dia benar-benar tidak sihat.
Apabila balik rumah,orang sakit nie hanya duduk di depan internet kerana tidak mampu untuk bergerak-gerak kerana amat sakit.
Tapi dia bersyukur kerana dia masih mampu puasa walaupun sakit.
Kesian orang sakit tu.Lain kali jaga la kesihatan.
Anda yang membaca pon JAGALAH KESIHATAN.
SALAM~


Older Post | Newer Post
Profile

minoz Pictures, Images and Photos
Hello There !

Entry Profile Stuff Links



Tagboard


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com
Round of applause
Template by : Nur | Izzati
Background : Faqihah
#Don't remove this
#Don't ripping